JW subtitle extractor

Cara Menggunakan Kotak-Kotak Maklumat dalam Edisi Digital

Video Other languages Share text Share link Show times

Dalam edisi digital bahan ini,
terdapat ikon yang menunjukkan bahagian ini boleh dikembangkan.
Jika ada ikon ini,
anda boleh klik untuk kembangkannya.
Maklumat yang terdapat dalam kotak bagi
edisi bercetak akan dipaparkan.
Di JW Library®, anda boleh tandakan teks dan tulis nota.
Anda boleh pilih untuk paparkan
atau sembunyikan maklumat tambahan
untuk fokus pada teks utama.
Sesetengah perenggan ada pautan ke kotak yang muncul
di tempat lain dalam halaman itu.
Klik pautan untuk pergi ke kotak itu.
Dan klik pada pautan di bawah kotak
untuk kembali ke perenggan.
Sesetengah bahagian yang boleh dikembangkan
mengandungi penerangan gambar.
Teks bagi peta, garis masa, atau gambar rajah akan dipaparkan.
Anda mungkin lebih suka melihat versi ini
atau versi ini mungkin lebih sesuai jika anda guna
fungsi seperti pembaca skrin.
Di JW Library,
anda boleh tandakan teks dan tulis nota
dalam penerangan gambar juga.
Bahagian yang boleh dikembangkan
akan memudahkan anda mencari maklumat
dan memperkaya pembelajaran peribadi anda.