JW subtitle extractor

Bersikap Murah Hati dan Ramah

Video Other languages Share text Share link Show times

Ber . . . si . . . kap
mu . . . rah ha . . . ti?
Ramah?
Hmm, saya tidak fahamlah.
Sikap ini disebut dalam Bible.
Kita bersikap ramah
apabila kita baik hati kepada orang
dan buat mereka rasa selesa.
Bermurah hati pula
bermaksud kita berkongsi dengan orang,
tapi yang lebih penting ialah
perasaan kita semasa melakukannya.
Kita buat baik kerana
kita sayang mereka.
Ada banyak cara untuk tunjukkan sikap ini.
Kita boleh bercakap dengan orang yang datang ke sidang.
Hello, nama saya Sofia.
Gembira jumpa kamu.
Selamat datang ke sidang kami.
Nama saya Johan.
Kamu suka dinosaurkah?
Ya!
Kita boleh jemput orang ke rumah
dan buat mereka rasa selesa.
Kita pun boleh kongsi makanan dengan mereka.
Siapa lagi yang kita jemput?
Oh, saya jemput semua kawan di sidang!
Mungkin bagus tanya ibu bapa dulu
sebelum jemput orang ke rumah.
Dan ingatlah, kita tidak semestinya perlu bagi banyak.
Betul, kita boleh bagi masa kita dan peduli tentang mereka.
Itu juga sangat berharga.
Bolehkah kami jemput kawan datang?
Bolehlah?
Boleh!
Johan mau jemput siapa?
Kamu!
Idea kamu sangat bagus!