JW subtitle extractor

Mengapa Saya Beriman?—Bagaimana Kita Seharusnya Melayan Orang Lain

Video Other languages Share text Share link Show times

Semasa di bangku sekolah,
ramai rakan sekolah saya fikir
bahawa kita harus terima apa sahaja
gaya hidup orang lain.
Guru-guru juga menggalakkan kami
untuk sokong mereka
yang mempunyai ketertarikan seksual yang berbeza.
Pada tahun terakhir saya di sekolah,
ada guru baru lelaki yang datang.
Dia berbeza kerana dia datang dari bandar besar
dan saya tinggal di pekan kecil.
Dia sudah lama mengajar di universiti
dan tidak percaya kepada Tuhan.
Di media sosial, ramai orang tidak suka
gaya hidup orang yang berbeza daripada mereka.
Saya sering melihat komen yang menunjukkan kebencian
terhadap orang lain kerana gaya hidup mereka.
Keperibadian guru itu sangat berbeza.
Dia mengatakan hal-hal
yang menyakitkan hati para pelajar
dan menanyakan soalan yang mungkin memalukan mereka.
Dia juga ingin menimbulkan perbalahan
dengan mengatakan,
“Orang di sini tidak pandai.”
Sudah tentu para pelajar
tidak gembira dengan kata-katanya.
Ramai pelajar tidak hadir kelasnya
atau jika mereka hadir,
mereka tidak bercakap dengannya.
Saya ingat mereka kata,
“Saya tidak akan bercakap dengan seorang ateis.”
Saya ingat beberapa rakan sekelas kata kepada saya,
“Bukankah Saksi-Saksi Yehuwa membenci orang yang gay?”
Nampaknya, ramai pelajar fikir bahawa
pandangan kita sangat tegas
dan menolak sepenuhnya mereka
yang tidak setuju dengan kepercayaan kita.
Ibu bapa saya
selalu bantu saya untuk ada pandangan yang betul.
Seraya saya membesar,
mereka bantu saya faham bahawa
walaupun kita menolak sepenuhnya tingkah laku tertentu,
kita tidak membenci orang yang melakukannya.
Saya belajar dari teladan ibu saya.
Dulu, dia bekerja di salon kecantikan
dan saya lihat
dia selalu melayan rakan sekerjanya dengan baik
tanpa mengira ketertarikan seksual mereka.
Saya terfikir contoh Yesus.
Dia mengongsikan mesej kepada sesiapa pun,
dan meluangkan masa bercakap dengan mereka
tanpa mengira latar belakang
dan apa pandangan orang tentang mereka.
Saya suka ayat di Matius 5:45, yang menyebut
Yehuwa membuat matahari terbit
dan hujan turun untuk semua orang.
Hal ini menunjukkan kasih-Nya.
Dia menyediakan keperluan setiap orang
tidak kira siapa mereka.
Semasa fikir contoh Yesus,
saya teringat kata-katanya di buku Matius.
Dia kata, apa saja hal yang
“kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu,
kamu juga mesti melakukannya untuk mereka.”
Ini bantu saya mengubah cara saya melayan guru saya.
Yehuwa,
Tuhan Yang Maha Kuasa,
ialah Tuhan yang baik
dan hormat kepada semua orang.
Jadi, kita juga patut melayan
semua orang dalam cara yang sama
termasuk mereka yang tidak sependapat dengan kita.
Oleh itu,
kita tunjuk kasih kepada orang lain
dengan meniru Yehuwa
dan bantu mereka mengenal-Nya.
Di sebuah hotel tempat saya bekerja sebelum ini,
ada seorang pelayan lelaki yang gay.
Beberapa rakan sekerjanya melayannya dengan buruk.
Tapi saya tidak mahu ikut sikap mereka,
saya melayannya seperti saya melayan orang lain.
Saya dapat berbual dengan guru saya tentang Bible
dan kongsi ayat dengannya.
Dia kagum dengan apa yang Bible katakan tentang sains
dan dia ingin tahu lebih lanjut.
Suatu hari,
pelayan itu datang dan berterima kasih kerana
saya melayannya berbeza daripada orang lain.
Bahkan ada pelayan lain
ingin tahu kenapa sikap saya berbeza.
Jadi, saya berpeluang menjelaskan bahawa
saya berusaha terapkan prinsip Bible dalam hidup,
termasuk cara melayan orang lain.
Sepanjang tahun itu di sekolah,
saya nampak perubahan pada sikap guru itu.
Dia beritahu dia sangat kagum dengan sikap
dan cara saya melayannya
kerana hanya saya saja yang bercakap kepadanya
Oleh sebab dia mula bersikap baik terhadap pelajarnya,
secara perlahan-lahan
pelajarnya mula hadir kelasnya.
Dan pada akhir tahun,
kelasnya adalah antara kelas yang kami sangat nikmati.
Bila fikir cara Yehuwa melayan orang
dan bagaimana Dia beri semua orang peluang
untuk mengenali-Nya,
saya lebih ingin menghampiri-Nya.