00:00:17
Pada tahun ke-15 pemerintahan Kaisar Tiberius,00:00:22
00:00:22
ketika Pontius Pilatus ialah gabenor Yudea,00:00:26
00:00:26
Herodes ialah pemerintah daerah Galilea,00:00:30
00:00:30
dan abangnya Filipus00:00:31
00:00:31
ialah pemerintah daerah Iturea dan Trakhonitis,00:00:35
00:00:35
dan Lisanias ialah pemerintah daerah Abilene,00:00:40
00:00:43
semasa Hanas dan Kayafas menjadi ketua imam,00:00:48
00:00:50
Tuhan telah berfirman kepada Yohanes anak Zakharia 00:00:54
00:00:54
yang berada di padang belantara.00:00:57
00:01:03
Dia datang sebagai saksi00:01:06
00:01:07
untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu,00:01:13
00:01:14
supaya melaluinya,00:01:16
00:01:16
segala macam orang akan percaya.00:01:20
00:01:21
Dia bukanlah cahaya itu,00:01:24
00:01:24
tetapi dia diutus untuk memberikan kesaksian00:01:29
00:01:29
tentang cahaya itu.00:01:32
00:02:35
Pada masa itu,00:02:39
00:02:39
Yohanes Pembaptis menyebarkan berita di padang belantara Yudea.00:02:45
00:02:46
Bertaubatlah00:02:48
00:02:51
kerana Kerajaan di syurga00:02:54
00:02:54
sudah dekat.00:02:56
00:03:09
Maka dia pergi ke seluruh kawasan di sekitar Sungai Yordan00:03:15
00:03:15
untuk menyebarkan berita bahawa orang perlu dibaptis00:03:19
00:03:19
sebagai lambang mereka sudah bertaubat.00:03:24
00:03:26
Dengan ini dosa mereka akan diampunkan.00:03:31
00:03:31
Hal inilah yang tertulis dalam kitab Nabi Yesaya:00:03:35
00:03:35
“Seseorang sedang berseru di padang belantara,00:03:39
00:03:39
‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!00:03:43
00:03:43
Luruskanlah jalan bagi-Nya.00:03:46
00:03:46
Setiap lembah mesti ditimbus,00:03:49
00:03:49
setiap gunung dan bukit mesti diratakan,00:03:53
00:03:53
jalan yang berliku-liku mesti diluruskan,00:03:57
00:03:57
dan tempat yang berlekuk-lekak mesti diratakan.00:04:03
00:04:13
Lalu semua orang akan melihat00:04:16
00:04:16
bagaimana Tuhan membawa penyelamatan.’”00:04:21
00:04:32
Pakaian Yohanes diperbuat daripada bulu unta00:04:37
00:04:37
dan tali pinggangnya diperbuat daripada kulit.00:04:41
00:04:41
Makanannya ialah belalang dan madu hutan.00:04:46
00:04:55
Kemudian orang dari Yerusalem, seluruh Yudea,00:05:00
00:05:00
dan semua kawasan di sekitar Sungai Yordan00:05:03
00:05:03
datang menemuinya.00:05:06
00:05:11
Orang mengakui dosa mereka di hadapan umum00:05:15
00:05:15
dan dibaptis olehnya di Sungai Yordan.00:05:19
00:05:37
Semasa dia melihat ramai orang Farisi dan orang Saduki00:05:42
00:05:42
datang ke tempat pembaptisan itu,00:05:45
00:05:45
dia berkata kepada mereka,00:05:48
00:05:49
“Kamu keturunan ular berbisa.00:05:52
00:05:52
Siapa yang beri amaran kepada kamu00:05:55
00:05:55
untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan?00:05:58
00:05:59
Bertaubatlah00:06:01
00:06:03
melalui perbuatan kamu.00:06:06
00:06:10
Janganlah membuat andaian00:06:12
00:06:12
dan berkata dalam hati kamu,00:06:13
00:06:13
‘Abraham ialah bapa kami.’00:06:16
00:06:18
Ketahuilah00:06:20
00:06:20
bahawa Tuhan mampu memberi Abraham keturunan00:06:24
00:06:24
daripada batu-batu ini.00:06:27
00:06:28
Kapak sudah diletakkan di pangkal pokok.00:06:32
00:06:33
Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik00:06:39
00:06:39
akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.”00:06:44
00:07:10
Rabbi.00:07:11
00:07:18
Orang ramai bertanya kepadanya,00:07:22
00:07:22
“Apakah yang harus kami lakukan?”00:07:26
00:07:26
Orang yang ada dua helai pakaian00:07:28
00:07:28
harus beri sehelai kepada orang yang tiada,00:07:31
00:07:31
dan orang yang ada makanan mengongsi makanannya.00:07:34
00:07:34
Bahkan pemungut cukai pun datang kepadanya untuk dibaptis.00:07:38
00:07:38
Guru, apa yang harus kami lakukan?00:07:42
00:07:53
Jangan minta lebih daripada kadar cukai.00:07:57
00:07:58
Askar-askar juga bertanya kepadanya,00:08:02
00:08:02
“Apa yang harus kami buat?”00:08:05
00:08:05
Janganlah memeras duit sesiapa pun00:08:08
00:08:08
atau melontarkan tuduhan palsu.00:08:11
00:08:11
Berpuas hatilah dengan upah kamu.00:08:14
00:08:15
Oleh sebab orang ramai pada masa itu sedang menantikan Kristus,00:08:21
00:08:21
mereka semua tertanya-tanya dalam hati tentang Yohanes,00:08:25
00:08:25
“Mungkinkah dia ini Kristus?”00:08:28
00:08:28
Maka Yohanes berkata kepada semua orang,00:08:32
00:08:32
“Aku membaptis kamu00:08:35
00:08:35
dengan air,00:08:36
00:08:38
tapi dia yang datang selepas aku00:08:41
00:08:41
lebih berkuasa daripada aku.00:08:43
00:08:44
Aku tidak layak membuka tali kasutnya.00:08:47
00:08:47
Dia akan baptis kamu00:08:49
00:08:49
dengan kuasa suci Tuhan dan api.00:08:52
00:08:52
Tangannya memegang nyiru untuk menampi.00:08:55
00:08:55
Dia akan bersihkan tempat mengirik gandum00:08:58
00:08:58
dan kumpulkan yang bersih di dalam jelapang.00:09:02
00:09:02
Dia akan bakar sekam00:09:05
00:09:05
di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.”00:09:08
00:09:38
Yohanes juga memberikan banyak nasihat lain00:09:42
00:09:42
dan terus mengisytiharkan berita baik kepada orang ramai.00:09:47
00:11:48
Kemudian Yesus berangkat dari Galilea ke Sungai Yordan.00:11:54
00:11:55
Dia meminta Yohanes untuk membaptisnya.00:12:00
00:12:01
Tetapi Yohanes mencuba menolak permintaannya.00:12:06
00:12:09
Sepatutnya kamulah yang harus baptis aku.00:12:13
00:12:13
Mengapa kamu datang kepadaku?00:12:16
00:12:19
Dengan cara ini, kita dapat melaksanakan00:12:23
00:12:23
segala yang dikehendaki oleh Tuhan.00:12:27
00:12:33
Maka Yohanes tidak lagi menolak permintaannya.00:12:38
00:13:20
Selepas Yesus dibaptis,00:13:22
00:13:22
dia segera keluar dari air.00:13:25
00:14:03
Tiba-tiba,00:14:05
00:14:05
langit terbuka,00:14:08
00:14:08
dan Yohanes nampak kuasa suci Tuhan00:14:12
00:14:12
turun seperti burung merpati ke atasnya.00:14:16
00:14:22
Kemudian kedengaran suara dari langit yang berkata, 00:14:29
00:14:29
“Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi.00:14:33
00:14:33
Aku berkenan kepadanya.”00:14:37
00:15:19
Yesus segera dipimpin00:15:22
00:15:22
oleh kuasa suci Tuhan00:15:25
00:15:25
ke padang belantara.00:15:27
00:15:30
Yesus berada di padang belantara00:15:33
00:15:33
selama 40 hari00:15:35
00:15:35
bersama binatang-binatang liar.00:15:39
00:15:39
Dia digoda oleh Syaitan,00:15:42
00:15:42
tetapi selepas itu00:15:44
00:15:44
para malaikat datang untuk melayaninya.00:15:49
00:15:52
Yesus berumur kira-kira 30 tahun00:15:55
00:15:55
semasa dia memulakan kerja penyebarannya.00:16:00
00:16:01
Menurut pandangan orang ramai,00:16:03
00:16:03
dia ialah anak Yusuf.00:16:06
00:16:06
Yusuf ialah anak Heli.00:16:09
00:16:09
Heli ialah anak Matat.00:16:12
00:16:12
Matat ialah anak Lewi;00:16:15
00:16:16
anak Malkhi;00:16:18
00:16:18
anak Yanai;00:16:20
00:16:21
anak Yusuf;00:16:23
00:16:24
anak Matatias;00:16:26
00:16:27
anak Amos;00:16:29
00:16:30
anak Nahum;00:16:32
00:16:33
anak Hesli;00:16:34
00:16:36
anak Nagai;00:16:37
00:16:38
anak Maat;00:16:40
00:16:41
anak Matatias;00:16:43
00:16:44
anak Simei.00:16:45
00:16:52
Simei ialah anak Yosekh;00:16:55
00:16:55
anak Yoda;00:16:58
00:16:58
anak Yohanan;00:17:00
00:17:00
anak Resa;00:17:03
00:17:03
anak Zerubabel;00:17:06
00:17:06
anak Sealtiel;00:17:08
00:17:08
anak Neri.00:17:10
00:17:16
Neri ialah anak Malkhi;00:17:20
00:17:20
anak Adi;00:17:22
00:17:22
anak Kosam;00:17:25
00:17:25
anak Elmadam;00:17:28
00:17:28
anak Er;00:17:30
00:17:30
anak Yesus;00:17:33
00:17:33
anak Eliezer;00:17:36
00:17:36
anak Yorim;00:17:38
00:17:38
anak Matat;00:17:41
00:17:41
anak Lewi;00:17:43
00:17:43
anak Simeon;00:17:45
00:17:45
Simeon ialah anak Yudas.00:17:48
00:17:53
Yudas ialah anak Yusuf;00:17:57
00:17:57
anak Yonam;00:17:59
00:18:00
anak Elyakim;00:18:03
00:18:03
anak Melea;00:18:06
00:18:06
anak Mina;00:18:09
00:18:09
anak Matata;00:18:12
00:18:12
Matata ialah anak Natan.00:18:15
00:18:24
Natan ialah anak Daud.00:18:26
00:18:29
Daud ialah anak Isai;00:18:32
00:18:33
anak Obed;00:18:34
00:18:36
anak Boaz;00:18:38
00:18:39
anak Salmon;00:18:41
00:18:42
anak Nahason;00:18:45
00:18:46
anak Aminadab;00:18:48
00:18:49
anak Arni;00:18:51
00:18:52
anak Hezron;00:18:54
00:18:55
anak Perez;00:18:58
00:18:59
anak Yehuda;00:19:01
00:19:02
anak Yakub;00:19:04
00:19:04
Yakub ialah anak Ishak.00:19:08
00:19:12
Ishak ialah anak Abraham.00:19:16
00:19:22
Abraham ialah anak Terah;00:19:26
00:19:26
anak Nahor;00:19:28
00:19:30
anak Serug;00:19:32
00:19:33
anak Rehu;00:19:35
00:19:36
anak Peleg;00:19:38
00:19:38
anak Eber;00:19:41
00:19:42
anak Selah;00:19:44
00:19:44
anak Kenan;00:19:47
00:19:47
anak Arpakhsad;00:19:50
00:19:51
anak Sem;00:19:53
00:19:54
Sem ialah anak Nuh.00:19:57
00:20:01
Nuh ialah anak Lamekh;00:20:04
00:20:04
anak Metuselah;00:20:07
00:20:07
anak Henokh;00:20:09
00:20:10
anak Yared;00:20:12
00:20:12
anak Mahalaleel;00:20:15
00:20:16
anak Kenan;00:20:18
00:20:18
anak Enos;00:20:21
00:20:22
anak Set;00:20:25
00:20:26
Set ialah anak Adam.00:20:31
00:20:50
Adam ialah anak Tuhan.00:20:53
00:21:08
Setelah berpuasa selama 40 hari dan 40 malam,00:21:14
00:21:15
Yesus berasa lapar.00:21:18
00:21:36
Pada masa itu,00:21:38
00:21:43
Si Penggoda datang.00:21:46
00:21:53
Jika kamu anak Tuhan,00:21:56
00:21:58
suruhlah batu-batu ini menjadi roti.00:22:03
00:22:09
Ada tertulis,00:22:11
00:22:12
“Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja,00:22:17
00:22:20
tapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.”00:22:24
00:22:42
Kemudian Iblis membawa dia ke kota suci00:22:45
00:22:45
lalu menempatkannya di puncak tembok Rumah Tuhan.00:22:50
00:22:50
Iblis berkata kepadanya,00:22:52
00:22:52
“Jika kamu anak Tuhan,00:22:57
00:22:58
terjunlah ke bawah,00:23:00
00:23:01
kerana ada tertulis,00:23:04
00:23:04
‘Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya,’00:23:08
00:23:08
dan, ‘Mereka akan menyambut kamu dengan tangan mereka00:23:13
00:23:13
supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.’”00:23:17
00:23:17
Ada tertulis juga,00:23:19
00:23:20
“Jangan menguji Yehuwa, Tuhan kamu.”00:23:24
00:23:41
Kemudian dalam sekelip mata,00:23:45
00:23:45
Iblis membawanya ke atas sebuah gunung00:23:49
00:23:49
dan menunjukkan kepadanya semua kerajaan di bumi.00:23:54
00:24:08
Iblis berkata kepadanya,00:24:11
00:24:12
“Semua kuasa dan kemuliaan daripada kerajaan-kerajaan ini00:24:18
00:24:18
akan aku berikan kepadamu,00:24:22
00:24:22
kerana semua ini00:24:25
00:24:26
telah diberikan kepada aku00:24:28
00:24:28
dan aku boleh memberikannya00:24:32
00:24:35
kepada sesiapa yang aku suka.00:24:39
00:24:39
Semua ini akan menjadi milik kamu00:24:44
00:24:44
jika kamu sembah aku.”00:24:47
00:24:47
Pergilah Syaitan!00:24:48
00:24:48
Kerana ada tertulis,00:24:50
00:24:50
“Kamu mesti menyembah Yehuwa, Tuhanmu,00:24:53
00:24:53
dan kamu mesti berikan khidmat suci kepada Dia sahaja.”00:24:58
00:25:02
Iblis pun meninggalkan dia,00:25:05
00:25:28
lalu malaikat-malaikat datang00:25:32
00:25:42
dan mula melayaninya.00:25:45
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus: Episod 2—“Inilah Anak-Ku”—Bahagian 1
-
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus: Episod 2—“Inilah Anak-Ku”—Bahagian 1
Pada tahun ke-15 pemerintahan Kaisar Tiberius,
ketika Pontius Pilatus ialah gabenor Yudea,
Herodes ialah pemerintah daerah Galilea,
dan abangnya Filipus
ialah pemerintah daerah Iturea dan Trakhonitis,
dan Lisanias ialah pemerintah daerah Abilene,
semasa Hanas dan Kayafas menjadi ketua imam,
Tuhan telah berfirman kepada Yohanes anak Zakharia
yang berada di padang belantara.
Dia datang sebagai saksi
untuk memberikan kesaksian tentang cahaya itu,
supaya melaluinya,
segala macam orang akan percaya.
Dia bukanlah cahaya itu,
tetapi dia diutus untuk memberikan kesaksian
tentang cahaya itu.
Pada masa itu,
Yohanes Pembaptis menyebarkan berita di padang belantara Yudea.
Bertaubatlah
kerana Kerajaan di syurga
sudah dekat.
Maka dia pergi ke seluruh kawasan di sekitar Sungai Yordan
untuk menyebarkan berita bahawa orang perlu dibaptis
sebagai lambang mereka sudah bertaubat.
Dengan ini dosa mereka akan diampunkan.
Hal inilah yang tertulis dalam kitab Nabi Yesaya:
“Seseorang sedang berseru di padang belantara,
‘Hendaklah kamu menyediakan jalan bagi Yehuwa!
Luruskanlah jalan bagi-Nya.
Setiap lembah mesti ditimbus,
setiap gunung dan bukit mesti diratakan,
jalan yang berliku-liku mesti diluruskan,
dan tempat yang berlekuk-lekak mesti diratakan.
Lalu semua orang akan melihat
bagaimana Tuhan membawa penyelamatan.’”
Pakaian Yohanes diperbuat daripada bulu unta
dan tali pinggangnya diperbuat daripada kulit.
Makanannya ialah belalang dan madu hutan.
Kemudian orang dari Yerusalem, seluruh Yudea,
dan semua kawasan di sekitar Sungai Yordan
datang menemuinya.
Orang mengakui dosa mereka di hadapan umum
dan dibaptis olehnya di Sungai Yordan.
Semasa dia melihat ramai orang Farisi dan orang Saduki
datang ke tempat pembaptisan itu,
dia berkata kepada mereka,
“Kamu keturunan ular berbisa.
Siapa yang beri amaran kepada kamu
untuk melarikan diri daripada kemurkaan Tuhan?
Bertaubatlah
melalui perbuatan kamu.
Janganlah membuat andaian
dan berkata dalam hati kamu,
‘Abraham ialah bapa kami.’
Ketahuilah
bahawa Tuhan mampu memberi Abraham keturunan
daripada batu-batu ini.
Kapak sudah diletakkan di pangkal pokok.
Setiap pokok yang tidak menghasilkan buah yang baik
akan ditebang lalu dibuang ke dalam api.”
Rabbi.
Orang ramai bertanya kepadanya,
“Apakah yang harus kami lakukan?”
Orang yang ada dua helai pakaian
harus beri sehelai kepada orang yang tiada,
dan orang yang ada makanan mengongsi makanannya.
Bahkan pemungut cukai pun datang kepadanya untuk dibaptis.
Guru, apa yang harus kami lakukan?
Jangan minta lebih daripada kadar cukai.
Askar-askar juga bertanya kepadanya,
“Apa yang harus kami buat?”
Janganlah memeras duit sesiapa pun
atau melontarkan tuduhan palsu.
Berpuas hatilah dengan upah kamu.
Oleh sebab orang ramai pada masa itu sedang menantikan Kristus,
mereka semua tertanya-tanya dalam hati tentang Yohanes,
“Mungkinkah dia ini Kristus?”
Maka Yohanes berkata kepada semua orang,
“Aku membaptis kamu
dengan air,
tapi dia yang datang selepas aku
lebih berkuasa daripada aku.
Aku tidak layak membuka tali kasutnya.
Dia akan baptis kamu
dengan kuasa suci Tuhan dan api.
Tangannya memegang nyiru untuk menampi.
Dia akan bersihkan tempat mengirik gandum
dan kumpulkan yang bersih di dalam jelapang.
Dia akan bakar sekam
di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.”
Yohanes juga memberikan banyak nasihat lain
dan terus mengisytiharkan berita baik kepada orang ramai.
Kemudian Yesus berangkat dari Galilea ke Sungai Yordan.
Dia meminta Yohanes untuk membaptisnya.
Tetapi Yohanes mencuba menolak permintaannya.
Sepatutnya kamulah yang harus baptis aku.
Mengapa kamu datang kepadaku?
Dengan cara ini, kita dapat melaksanakan
segala yang dikehendaki oleh Tuhan.
Maka Yohanes tidak lagi menolak permintaannya.
Selepas Yesus dibaptis,
dia segera keluar dari air.
Tiba-tiba,
langit terbuka,
dan Yohanes nampak kuasa suci Tuhan
turun seperti burung merpati ke atasnya.
Kemudian kedengaran suara dari langit yang berkata,
“Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi.
Aku berkenan kepadanya.”
Yesus segera dipimpin
oleh kuasa suci Tuhan
ke padang belantara.
Yesus berada di padang belantara
selama 40 hari
bersama binatang-binatang liar.
Dia digoda oleh Syaitan,
tetapi selepas itu
para malaikat datang untuk melayaninya.
Yesus berumur kira-kira 30 tahun
semasa dia memulakan kerja penyebarannya.
Menurut pandangan orang ramai,
dia ialah anak Yusuf.
Yusuf ialah anak Heli.
Heli ialah anak Matat.
Matat ialah anak Lewi;
anak Malkhi;
anak Yanai;
anak Yusuf;
anak Matatias;
anak Amos;
anak Nahum;
anak Hesli;
anak Nagai;
anak Maat;
anak Matatias;
anak Simei.
Simei ialah anak Yosekh;
anak Yoda;
anak Yohanan;
anak Resa;
anak Zerubabel;
anak Sealtiel;
anak Neri.
Neri ialah anak Malkhi;
anak Adi;
anak Kosam;
anak Elmadam;
anak Er;
anak Yesus;
anak Eliezer;
anak Yorim;
anak Matat;
anak Lewi;
anak Simeon;
Simeon ialah anak Yudas.
Yudas ialah anak Yusuf;
anak Yonam;
anak Elyakim;
anak Melea;
anak Mina;
anak Matata;
Matata ialah anak Natan.
Natan ialah anak Daud.
Daud ialah anak Isai;
anak Obed;
anak Boaz;
anak Salmon;
anak Nahason;
anak Aminadab;
anak Arni;
anak Hezron;
anak Perez;
anak Yehuda;
anak Yakub;
Yakub ialah anak Ishak.
Ishak ialah anak Abraham.
Abraham ialah anak Terah;
anak Nahor;
anak Serug;
anak Rehu;
anak Peleg;
anak Eber;
anak Selah;
anak Kenan;
anak Arpakhsad;
anak Sem;
Sem ialah anak Nuh.
Nuh ialah anak Lamekh;
anak Metuselah;
anak Henokh;
anak Yared;
anak Mahalaleel;
anak Kenan;
anak Enos;
anak Set;
Set ialah anak Adam.
Adam ialah anak Tuhan.
Setelah berpuasa selama 40 hari dan 40 malam,
Yesus berasa lapar.
Pada masa itu,
Si Penggoda datang.
Jika kamu anak Tuhan,
suruhlah batu-batu ini menjadi roti.
Ada tertulis,
“Manusia mesti hidup bukan dengan roti sahaja,
tapi juga dengan setiap kata yang keluar daripada mulut Yehuwa.”
Kemudian Iblis membawa dia ke kota suci
lalu menempatkannya di puncak tembok Rumah Tuhan.
Iblis berkata kepadanya,
“Jika kamu anak Tuhan,
terjunlah ke bawah,
kerana ada tertulis,
‘Dia akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya,’
dan, ‘Mereka akan menyambut kamu dengan tangan mereka
supaya kakimu tidak terhantuk pada batu.’”
Ada tertulis juga,
“Jangan menguji Yehuwa, Tuhan kamu.”
Kemudian dalam sekelip mata,
Iblis membawanya ke atas sebuah gunung
dan menunjukkan kepadanya semua kerajaan di bumi.
Iblis berkata kepadanya,
“Semua kuasa dan kemuliaan daripada kerajaan-kerajaan ini
akan aku berikan kepadamu,
kerana semua ini
telah diberikan kepada aku
dan aku boleh memberikannya
kepada sesiapa yang aku suka.
Semua ini akan menjadi milik kamu
jika kamu sembah aku.”
Pergilah Syaitan!
Kerana ada tertulis,
“Kamu mesti menyembah Yehuwa, Tuhanmu,
dan kamu mesti berikan khidmat suci kepada Dia sahaja.”
Iblis pun meninggalkan dia,
lalu malaikat-malaikat datang
dan mula melayaninya.
-