JW subtitle extractor

Anda Dapat Hadapi Masa Depan dengan Yakin!

Video Other languages Share text Share link Show times

Saya dan Alexandre berkahwin pada Jun 2007.
Masa itu, kesihatannya cukup baik,
tapi lama-kelamaan,
kesihatannya semakin merosot.
Sekarang, dia perlu bantuan
untuk menggunakan bilik air,
memakai baju, bercukur,
dan menjalankan terapi.
Kadang-kadang saya rasa bersendirian,
Tapi, saya tahu saya tidak bersendirian.
Ini kerana saya ada rakan seiman.
Ramai saudara saudari datang ke rumah untuk bantu kami.
Mereka membaiki barang-barang di rumah
seperti kerusi roda.
Ya, mereka banyak bantu kami.
Selain itu, harapan daripada Yehuwa
juga banyak bantu saya.
Harapan ini bantu saya
memiliki pandangan yang betul tentang
masalah saya dan bantu saya bertabah.
Jadi, apabila saya membayangkan tentang masa depan,
saya dapat nampak kami berada di dunia baru
dan Alexandre tidak lagi menggunakan kerusi roda.
Ya, Rasul Paulus kata,
cabaran kita hari ini “hanyalah sementara.”
Tapi berkat Yehuwa berkekalan.
Itulah tumpuan kita.
Saya lahir dan dibesarkan di Mariupul, Ukraine.
Saya suka bandar ini. Bandar ini sangat cantik.
Tapi, keadaan di sana tiba-tiba berubah.
Kami dengar banyak laporan berita tentang perang itu,
dan semua ini sangat membimbangkan.
Apabila saya nampak
ada begitu banyak kemusnahan di bandar ini,
saya tertanya, “Apa yang harus saya buat sekarang?”
Jadi saya berdoa,
lalu saya tahu apa yang perlu saya buat.
Saya tahu saya harus melarikan diri.
Tapi saya tidak tahu mahu pergi mana.
Saudara saudari beri banyak bantuan.
Kami sangat bersyukur.
Mereka beri kami makanan, air.
Ya, kasih yang ditunjukkan mereka
tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Doa membantu kamu untuk bertabah.
Doa beri kamu ketenangan.
Kuasa suci Tuhan memberi kamu keberanian
dan menguatkan harapan kamu.
Yakinlah kepada Yehuwa.
Dia tidak akan meninggalkan kamu.
Jika Yehuwa bersama kamu,
tiada sebab untuk berasa takut.
Ya, tiada sebab.