JW subtitle extractor

Dapatkah Kebenaran Ditemui? Temu Ramah dengan Queentela Abajuo

Video Other languages Share text Share link Show times

Semasa saya membesar,
keluarga kami pergi gereja setiap minggu.
Tapi kami menyertai beberapa agama
dari saya kecil
sehinggalah saya remaja.
Apa yang buat saya
mula tidak lagi percaya
terhadap gereja yang saya hadir
ialah ceramah mereka
seperti persembahan saja.
Mulanya rasa OK,
tapi lepas saya jalan
saya terus rasa kosong
dan sedar sepanjang masa
satu jam di sana
paderi itu hanya guna
dua atau tiga ayat saja
sepanjang ceramahnya.
Mereka tidak buat
apa yang mereka ajarkan
dan mereka sangat utamakan wang.
Di gereja, mereka tiada kasih sejati.
Saya rasa pasti ada sekumpulan orang
yang berusaha sedaya upaya
terapkan apa yang Bible ajarkan.
Mulanya saya ragu-ragu untuk
belajar Bible dengan Saksi Yehuwa.
Saya tidak percaya mereka
sebab saya rasa
mereka ada Bible sendiri,
mereka mungkin agama sesat,
dan ajaran mereka pelik.
Semasa di sekolah,
saya ada beberapa kawan Saksi Yehuwa.
Pernah sekali,
salah seorang daripada mereka
jemput saya ke perjumpaan
buat kali pertama.
Sebenarnya, saya ragu-ragu.
Tapi saya terima jemputan mereka.
Saya nampak mereka banyak
guna Bible dalam perjumpaan.
Seluruh perjumpaan itu berdasarkan Bible.
Semasa mereka bagi komen,
mereka bahkan guna ayat Bible.
Di perjumpaan itulah
saya kenal guru Bible saya.
Setelah belajar Bible,
saya sedar apa yang
saya percaya selama ini
tentang para Saksi adalah tidak benar.
Kepercayaan mereka berdasarkan Bible
dan ada dalam jw.org.
Tiada yang disembunyikan.
Semasa belajar Bible,
saya fikir mereka guna Bible mereka.
Tapi guru saya galakkan saya
untuk gunakan Bible sendiri.
Saya juga nampak
orang dalam sidang saya saling mengasihi.
Saya akan pergi lawat sidang-sidang lain
kerana ingin lihat
jika mereka juga tunjukkan
kasih yang sama.
Sememangnya, itulah yang
saya rasai di semua sidang.
Saya rasa akhirnya
Yehuwa telah bimbing saya
ke haluan yang saya cari-cari selama ini.