JW subtitle extractor

Apakah yang Berlaku semasa Pembelajaran Bible?

Video Other languages Share text Share link Show times

Saksi-Saksi Yehuwa ingin jemput anda
untuk ikut kursus perbincangan Bible.
Anda akan belajar nasihat Bible untuk kehidupan.
Anda hanya akan belajar ajaran Bible
dan bukannya ajaran manusia.
Anda juga tidak wajib jadi Saksi Yehuwa.
Semuanya adalah percuma, termasuk kursus ini,
Bible, dan buku yang digunakan.
Anda boleh tentukan masa, tempat,
dan seberapa kerap anda ingin belajar.
Panjangnya mungkin satu jam
atau bahkan hanya 10 minit!
Guru anda mungkin mulakan dan akhiri pembelajaran
dengan doa singkat.
Anda akan belajar Bible mengikut topik.
Jangan risau.
Tiada ujian atau peperiksaan.
Pembelajaran ini menarik!
Ada banyak gambar dan video
untuk bantu anda lebih mudah memahami pelajarannya.
Sebelum perbincangan dengan guru anda,
anda juga boleh lihat dulu apa yang akan dipelajari.
Anda boleh belajar secara bersemuka,
melalui telefon,
atau panggilan video.
Anda akan belajar cara mengikut nasihat Bible
dan hidup lebih bahagia.
Untuk maklumat lanjut, tanyalah seorang Saksi Yehuwa.
Anda juga boleh minta seorang Saksi melawat anda
dengan tekan link di halaman utama jw.org.