JW subtitle extractor

Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan?

Video Other languages Share text Share link Show times

Di seluas dunia,
orang berkumpul setiap
minggu di tempat ibadat
yang dipanggil Dewan Perjumpaan.
Apakah yang berlaku di
Dewan Perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa?
Setiap minggu,
program pembelajaran
Bible dan ceramah diadakan.
Kali pertama saya hadiri perjumpaan,
saya sangat gembira.
Suasananya baik,
tak pernah saya lihat keadaan sebegini.
Mereka sangat mesra,
teratur, dan mengambil berat
terhadap satu sama lain.
Setiap perjumpaan terbuka kepada umum.
Masuk adalah percuma
dan tiada pungutan wang.
Keluarga dijemput hadir
dan belajar bersama-sama.
Setiap perjumpaan bermula
dan berakhir
dengan lagu dan doa.
Perjumpaan yang biasanya
diadakan pada hujung minggu,
mengandungi ceramah
Bible selama 30 minit,
khas untuk umum.
Kemudian, sesi soal jawab diadakan
berdasarkan rencana
dalam majalah pembelajaran.
Penglibatan adalah secara sukarela.
Setiap minggu, kita juga
menghadiri satu lagi perjumpaan
yang melatih kita untuk
bercakap di depan umum.
Semua orang dijemput untuk hadir
termasuk mereka yang
bukan Saksi-Saksi Yehuwa.
Anda boleh pergi ke mana-mana
Dewan Perjumpaan
dan belajar hal yang sama.
Pembelajaran Bible,
pergaulan yang membina,
dan peluang untuk memuji Tuhan,
menantikan anda di perjumpaan
Saksi-Saksi Yehuwa.
Untuk mencari Dewan Perjumpaan
yang berdekatan,
sila ke bahagian Hubungi Kami.