JW subtitle extractor

Mengapa Belajar Bible?—Video Penuh

Video Other languages Share text Share link Show times

Sejak kita tahu bercakap, kita menanya soalan.
Mengapa langit biru?
Bintang dibuat daripada apa?
Mengapa perkara buruk terjadi?
Kita berasal dari mana?
Mengapa manusia mati?
Manusia berusaha
untuk mencari jawapan.
Hari ini, terdapat lebih banyak
maklumat berbanding dahulu.
Tetapi soalan yang penting
soalan tentang kehidupan,
penderitaan, dan kematian
masih tidak terjawab.
Di manakah jawapannya?
Mungkinkah jawapannya
terdapat dalam Bible selama ini?
Banyak orang berkata,
Bible penuh dengan cerita dongeng dan lagenda,
ketinggalan zaman,
atau susah difahami.
Tetapi adakah Bible masalahnya?
Atau masalahnya ialah
pandangan orang tentang Bible?
Orang fikir Bible mengatakan
Tuhan ialah penguasa dunia.
Bagaimana mungkin?
Dunia ini hilang kawalan!
Penuh dengan kesakitan dan penderitaan,
penyakit dan kematian,
kemiskinan dan bencana alam.
Bolehkah Tuhan yang
pengasih menyebabkan semua ini?
‏Apa yang Bible katakan amat menarik!
Bible berkata, ‘Dunia dikuasai Si Jahat.’
Dalam kata lain ada penguasa
jahat di sebalik masalah dunia,
ada dalang di sebalik semua kejadian ini.
Walaupun kita sudah
mencuba sedaya upaya,
manusia tetap gagal
menyelesaikan masalah dunia.
Berita baiknya ialah Bible berkata
bahawa semua ini akan berubah.
Bible menjelaskan mengapa hal ini berlaku,
cara Tuhan menyelesaikannya,
dan cara kita dapat mengharunginya.
Bible memberikan jawapan
kepada soalan-soalan penting
untuk jutaan orang di seluruh dunia.
Adakah anda juga berminat?
Saksi-Saksi Yehuwa gembira
untuk belajar Bible dengan anda.
Isilah permohonan dalam
talian untuk pembelajaran Bible.
Seorang Saksi akan mengunjungi anda
pada masa dan tempat yang sesuai bagi anda.